Love ❤

 
 
" Cinta itu umpama tujuh warna pelangi . Nilainya terlalu tinggi :) Nikmatilah ia sebelum terlambat "
 
" Love is like a shadow . When you chase it , it runs away . When you turn back and walk away , it follows you "
 
Hi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :* Heeeee , lama dah tak jenguk Blog ni . Ini , jenguk pun sebab bosan :D Fuuhhh *tiup habuk* *hacuum* terbersin pulak :3 Okay , now Rina nak cerita sikit pasal " CINTA " Acewahhhh :P Saya bukannya Doktor Cinta yaaaaa . HAHA *Evil laugh* Sejak kebelakangan ni kan Rina perhatikan , ramai budak putus cinta :O *terkejut* TL dekat Twitter penuh dengan benda ni je :/ Hm , kita sebagai " SAUDARA " sesama umat ISLAM tidak wajarlah meluat bila mereka update macam tu . Sebaliknya kita harus memberi mereka semangat supaya mereka tidak terus menerus kecewa dengan apa yang berlaku :) Bila difikirkan balik , apa sebabnya mereka putus? Jawapannya mudah dan senang iaitu " SALAH FAHAM " Perkara ini lah yang tidak diinginkan oleh semua pasangan kan? Tapi kenapa perkara ni yang kerap berlaku? Sepatutnya setiap pasangan wajarlah saling mempercayai antara satu sama lain terutamanya dalam hubungan jarak jauh :') Pasangan jarak jauh ini lebih jauh banyak dugaan kerana kita tidak tahu sama ada mereka SETIA atau tidak :') Layan lelaki/perempuan lain atau tidak . Tapi sekarang ni  kan , hubungan jarak jauh lebih jauh tahan lamanya kalau nak dibandingkan dengan pasangan jarak dekat . Nak tahu sebab apa? Mereka saling mempercayai satu sama lain bahawa pasangan mereka SETIA dan tidak berlaku " CURANG " . Oohh , kalau hubungan jarak jauh saling mempercayai , hubungan jarak dekat tak lah? Ehh , bukan macam tuu . Rasanya tak perlu lah Rina tulis atau katakan di sini . Cuba korang fikirkan , mengapa korang putus? Jawapan korang sebab bukan JODOH? Hmm , itu memang betul tapi Allah Maha Adil :') Sebelum DIA temukan anda dengan pasangan sebenar anda , DIA memberi anda peluang untuk merasai " KEHANGATAN CINTA " DIA  memberi anda masa untuk membaiki kesilapan kesilapan kecil yang mudah anda lakukan . DIA memberi masa kepada anda semua untuk bersikap JUJUR , TERUS TERANG , AMANAH dan macam macam lagi :') Tidak kah itu Adil? Ya , itu sangat Adil :) Dan dia juga memberi anda masa untung belajar " MENGHARGAI SESEORANG YANG PENTING DALAM HIDUP ANDA " Bila anda penat bercinta , barulah anda mengetahuinya :') Dalam suatu hubungan , ianya akan kekal jika pasangan pandai bertolak ansur , bincang masalah bersama sama . Ego diketepikan . Cemburu buta dibuang dan Sayang dilebihkan :') InsyaAllah hubungan ini akan kekal .
 
" Allah kurniakan kita cukup sifat . Ada dua mata , dua telinga , dua tangan dan dua kaki . Mengapa Allah kurniakan kita hanya sekeping HATI? Mengapa tidak dua? Ini kerana Allah telah kurniakan sekeping lagi HATI kepada seseorang yang ISTIMEWA dan ianya dipanggil JODOH "
 
" Jika awak berjaya buat seseorang ketawa , bermakna dia sukakan awak . Jika awak berjaya buat seseorang menangis , bermakna dia sayangkan awak "
 
Hmm , bila kita mula sayangkan seseorang , kita mesti akan selalu Stalk Facebook/Twitter/Ask/Blog dia . Apetah lagi time tu dia SINGLE and dia dapat gelaran " CRUSH " . CRUSH? Apa tuuuuu? CRUSH itu adalah orang yang kita minat dan dia bukanlah GF/BF kita :) Bila kita selalu buat macam tu , confirm lah jawapannya yang kita sudah jatuh hati dengan dia . Bila kita sukakan dia , kita mesti rasa cemburu bila dia layan Lelaki/Perempuan lain kan? Kita rasa cemburu bila CRUSH kita tuu layan je dorang . Kita mesti nak dia layan kita je kan? Bila kita dapat tahu yang dia sudah berpunya confirm awak mesti sedih kan? Ada yang sampai menangis . Tapi yang peliknya , korang masih dan sanggup Stalk mereka lagi -,- " Bila kita sukakan seseorang , beritahulah mereka kerana apabila terlambat korang yang menyesal dan akan ada perasaan yang tidak baik akan terbit di dalam Jiwa kita iaitu " DENDAM dan CEMBURU " Perkara ini biasa berlaku dan Rina sendiri pernah mengalaminya . Pengalaman banyak mengajar kita untuk mengharungi hari esok :')
 
" Two things in life hurts very much :') 1) When someone loves you but do not tells you. 2) When someone do not love you but tells you "
 
" Jangan tertarik dengan seseorang kerana keelokan parasnya kerna keelokan paras dapat menyesatkan kita . Jangan pula tertarik dengan seseorang kerana kekayaannya kerna kekayaan dapat melalaikan kita . Tertariklah dengan seseorang yang dapat membuatmu senyum kerna dengan hanya senyum dapat membuat hari hari gelapmu menjadi cerah "
 
Bila kita menyayangi seseorang , tidak ada sebab lain melainkan SAYANG dan CINTA . Cuba anda bertanya pasangan anda , mengapa mereka sukakan kita? Jika mereka jawab " sebab awak comel , caring , baik dan macam macam lagi " Ohh , tu ke jawapannya? Apa yang terjadi bila awak tidak comel kerana disebabkan kecelakaan . Adakah dia masih sayangkan anda? Apa yang bakal terjadi bila anda tidak caring kerana terlalu busy dengan keluarga/kerja/sekolah and banyak lagi . Adakah dia masih cintakan awak? Apa yang terjadi jika anda tidak lagi baik kerana pernah buat kesilapan kecil tetapi ianya dianggap kesalahan besar di mata orang lain. Adakah dia masih sukakan awak? Fikir fikirkanlah dan selamat beramal . Bila kita sayangkan seseorang kentut yang busuk pun dikatakan wangi . CINTA itu BUTA , PEKAK , TAK MENGENAL USIA . Nak tahu mengapa CINTA itu BUTA? Bila kita sayangkan seseorang , kita bukan mudah mempercayai kata orang melainkan melihat sendiri . Kita nampak pasangan kita berdua dengan ORANG LAIN tapi kita tidak ada salah sangka . Malah , kita menganggap mereka hanyalah kawan/adik/kakak/abang kepada pasangan kita . Betul kan? CINTA itu PEKAK? Kenapa PEKAK pulak kan? HAHA ^^ Bukannnnn . CINTA itu membuatkan kita PEKAK dan MELUAT hendak dengar kata kata orang lain . Bila kawan kita sendiri yang cakap bahawa pasangan kita curang dengan kita , mesti kita kata tak mungkinlah . Kita mesti nak tengok dengan mata kepala sendiri kan? Bila ada yang kata pasangan kita tu tidak baik , mesti anda tidak percayakan? Ini kerana anda sudah menyayangi pasangan anda . CINTA itu TAK MENGENAL USIA? Yeah , cuba tengok sekarang? Budak zaman sekarang darjah satu ( 7 tahun ) dah pandai bercinta atau dipanggil " couple " dengan budak darjah dua . Balik sekolah jalan sesama , pegang tangan , cium dahi dulu baru naik kereta masing masing . Halamak , kalah kakak dengan abang diaaa . Bila kita sayang , cinta dan sukakan seseorang , kita sanggup buat apa sajakan? Hmm , budak budak *geleng kepala* Ehh , awak pun sama yang tengah membaca tuuuu -,- Janganlah buat benda yang memalukan dan sanggup menggadaikan maruah anda kepada sesiapa walaupun pasangan kita . Jagalah tatasusila kita sebagai umat ISLAM :') Ingat bahawa bila kita melakukan maksiat , akan ada orang ketiga menggoda supaya kita terus menerus melakukannya dan lupakan tuhan . Mengapa jadi begini? Sebab CINTA ITU BUTA , PEKAK :'/ Akhir kata dari Rina " KITA HARUSLAH BERSIKAP KREATIF DAN BIJAK DALAM MEMILIH PASANGAN HIDUP " Assalamualaikum :*