New Friends :'*



"Apabila ingin berteman , janganlah kerana kelebihannya , kerana mungkin dengan satu kelemahannya , kelak kau mungkin akan menjauhinya"

"Andai kau ingin berteman , janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan , kau mungkin akan membencinya"

"Andai kau ingin berkawan , janganlah kerana sifat cerianya kerana pabila dia tidak menceriakan kau , kau pasti akan menyalahinya"


Hi Semua *lambai tangan* Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :) Apa khabar sahabat sahabat ku sekalian? Sihat? Hihi. Saya Siti Nur Arina di sini. Lama kan Rina tak update blog? bersarang dah *tiup habuk* *haaaaaacchhhhhhhummmm* Hihi , Alhamdulillah :) Terbersin pulak xD Hmm , okay . Hari ni Rina nak cerita sedikit tentang pengalaman Rina pabila berkawan. Sebelum tu , nampak tak gambar comel dekat atas tu? Heeee , itu Rina buat . Rina gabungkan gambar Rina dengan gambar dua orang kawan Rina merangkap kakak leww ni :D Hihi. Okay , nak tahu macam mana Rina kenal dorang? Okay , actually panjang ceritanya tapi Rina taknak cerita sebab benda tu mungkin akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang membaca blog ini :') Rina taknak sesiapa yang baca blog ni rasa sedih atau terasa. Cewahhh xD HAHA ^^ Jiwang pulak. Kk , btw dorang berdua sangat Comel :') Kami mula rapat disebabkan oleh satu pergaduhan yang amat yeahh......gempak lah jugak xD HAHA ^^ Time tu kami gaduh teruk gila sampai kalau orang nak masuk campur jadi gerun tak sudah. Hmm , bila diingatkan semula , rasa sedih pun ada. Yelah , hmmmmm......k takpayah cerita. Now , nak happy je :) Hihi. Bila bergaduh masing masing taknak mengalah sampailah satu hari ni salah seorang dari kami mengalah iaitu Kak Rohayu. Dia kata yang ayah dia datang dalam mimpi dia and then cakap something. Rina dah tanya apa benda yang dicakapkan oleh ayah akak Rohayu tapi akak Rohayu just senyap sebab dia sedih. Yeah.. Rina tak paksa. Rina suruh dia Kuatkan semangat and yeahh..senyum :) Akak Rohayu ni memang kuat dan tabah orangnya :'* Hmm , kalau Rina? Ya Allah , jauh beza sangat :'c Tapi Kak Rohayu tetap bagi semangat kat Rina. Dia kata tak elok gaduh gaduh ni. Hihi. Bila difikirkan , memang tak elok pun . Bila akak Rohayu kata macam tu , Rina pun bersemangat lah :) Haha. Oh lupaaa nak bagitahu. Act , yang bergaduh adalah diantara Rina, Kak Rohayu dan Kak Aida. Aikk?! Siapa pulak kak Aida? Okay okay calm down *watlek* Hihi. Sebenarnya , kami gaduh dengan Kak Aida ni lah. Tapi now dah okay :) Alhamdulillah . Bila dah okay , mintak maaf semua , kami jadi semakin rapat seperti bak kata pepatah " Bagai isi dengan kuku " Now , kami dah lupakan semua kenangan kenangan yang tak perlu diingat tu dan mula mencari sinar baru iaitu berkawan :) Kami terlalu taksub berkawan sehingga ramai yang jeles *konon* Muehehe . Eh , tapi betul tau . Ramai jeles :3 Now , diorang dah dianggap macam Family Rina dah. Diorang terlalu baik untuk Rina. Rina rasa macam....Ya Allah , terima kasih kerana perbaiki hubungan kami dulu. Tak sia sia bila kita berdoa kepada tuhan kan ? :') Setiap kali lepas solat , Rina mesti doa untuk dorang. Rasa seronok sangat bila selalu doakan untuk orang yang tersayang :') Hihi. 


Haaaaa , tadaaaaaa *suprise* Comel kan? Hihi. Okay , untuk pengetahuan korang , inilah Kak Rohayu dan juga Kak Aida :') Kak Rohayu yang sebelah kiri manakala Kak Aida di sebelah kanan. Eh jap jap! "Manakala" ? Sejak bila Rina pandai guna perkataan ni? HAHA ^^ *gelak* Kk , tak lawak pun sebenarnya -,- Kk.

Rina nak cerita pasal Kak Rohayu dulu :') Okay , dia seorang yang peramah orangnya . Dia ramah bila bercakap dengan orang. Fyi, dulu Rina pun pernah bergaduh dengan dia ni tau. Rina gaduh dia sebab salah faham. Rina tweet pasal dia, dia tweet pasal Rina. Hihi , bila dikenang semula rasa macam Comel je xD Mueheeh. Apa?! Memang comel k. Fakta! Okay dah dah. Hmm , lepas insiden tu kitaorang buat hal sendiri sampailah satu masa ni Rina mintak "Followback" dari dia kat twitter. Fuuuuh~ ingatkan dia tak kenal rupa rupanya dia kenal xD Time tu rasa macam "eh? dia ni lupa ke dulu aku pernah kutuk dia? dia tak perli pun?" Time tu kalau korang nak tahu , layanan dia Ya Allah , baik sangat :') Macam kenangan gaduh dulu takda apa kesan kat dia tapi Rina still ingat. Hmm , rasa terharu sangat. Baru baru ni dia mintak maaf pasal kejadian gaduh tu. Time tu Rina macam "ha?" Rina cakaplah " Akak takda salah pun. Adik pun nak mintak maaf juga " Haaa , mula dari situ lah hubungan kami bermula dan kami mula rapat :) Kitaorang mula bertweet and akhirnya kitaorang berkawan sampai sekarang. Rina dah anggap dia macam kakak Rina sendiri. Btw, nama Kak Rohayu ni ialah Rohayu Nazira :) Nama panggilan dia macam macam okay. Ada yang panggil Eira , ada yang panggil Rohayu , ada yang panggil Ayu dan ada yang panggil Nazira. Rina suka panggil dia Kak Rohayu atau Kak Nazira. Hihi. Taktau kenapa xD Nama akak Rohayu ni sesuai sangat dengan muka babyface dia tuu :* Kk

Okay , now nak cerita pasal Kak Aida pulak :) Kak Aida ni seorang yang jujur dan peramah juga orangnya . Rina mula kenal dia bila satu hari ni Rina mintak "Followback" kat twitter. Dia Follow and then kitaorang mula kenalkan diri. Tak lama lepastu, kitaorang gaduh sebab.............okay , bukan nak cakap apa tapi gaduh pasal apa , Rina kena private kan sebab taknak sesiapa terasa. Rina tak sukaa. Hihi xD Kk. Kitaorang gaduh and pergaduhan ni membabitkan kak Rohayu sekali tau. Kitaorang gaduh yeah nak dekat seminggu maybe. Kami tweet perli memerli and sampailah satu hari ni Kak Rohayu mintak maaf and then diikuti Rina serta Kak Aida. Kitaorang time tu rasa kecewa sangat dengan sikap masing masing tapi lepastu kitaorang ceria sebab kitaorang dah mula rapat. Rina selalu sangat sekarang ni mention dengan Kak Aida dekat twitter. Haha ^^ Taktahu lah kalau Kak Aida dah naik muak tapi entahlah..takboleh nak halang perasaan teruja nak tweet dengan dia. Hihi xD Nama sebenar kak Aida ni ialah Aida Maria. Orang panggil dia Aida atau Maria. Tapi ada juga panggil dia Juliet xD Hihi.

Kami mula rapat dan akhirnya kami diberi nama yang dicipta oleh kami sendiri iaitu " One Happy Family " Yelah , kami happy macam adik beradik tau. Rasa macam dunia ni , kitaorang je yang conquer. Dah takda siapa yang boleh ganggu kitaorang. HAHA ^^ Kami mula sakat menyakat . Rina dengan Kak Aida sakat Kak Rohayu sebab otw nak ada "sweetheart". Rina dengan Kak Rohayu sakat Kak Aida sebab sweet sangat dengan BF dia xD HAHA ^^ Pastu Rina sakatlah kedua dua sekali last last Rina pulak kena. Diaorang berkomplot nak sakat Rina kalau ada mana mana budak try nak ngorat Rina. HAHA ^^ Time tu Rina asyik gelak je tau. Kitaorang macam budak budak :P Eh bukan ke memang budak budak? HAHA ^^ Yelah yelah. Best nya tak terhingga :') Akhirnya Rina bersyukur sebab dihadiahkan kawan seperti mereka :') Rina memang dah anggap diaorang macam kakak kandung sendiri. Yelah , Rina mana ada kakak. Rina ada abang je. Bila dorang ada , dapatlah juga merasa macam ada kakak. But , seriously *muka serius tapi comel* dorang gila Awesomeeeeeee xD Jangan nak try renggangkan kami okay? Kami dah rapat dah ni :')

*tadah tangan* Ya Tuhan , lindungilah persahabatan kami dari segala buruk sangka. Sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahmu supaya kami tidak mudah percaya akan kata kata mulut yang jahat dan menfitnah orang sesuka hati. Jauhkan lah kami dari semua itu Ya Allah. Redhailah persahabatan kami ini Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim , kau kasihilah kami sebagai mana kau kasihi persahabatan baginda Rasulullah besama sahabatnya. Kau sayangilah kami sebagaimana kau sayangi Nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kau berkatilah kehidupan kami ini Ya Allah :') Amin Ya Rabbal A'lamin. *bersyukur* 

"Kawan SEJATI ialah Kawan yang SETIA ,
Sanggup berkorban demi rakan tercinta"

Pada suatu hari , CINTA jatuh dalam telaga ,
KENAPA?
Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN ikut terjun ke dalam telaga juga ,
KENAPA?
Kerana KAWAN sanggup berbuat apa sahaja demi CINTA.

Didalam telaga , CINTA hilang ,
KENAPA?
Kerana CINTA itu halus , mudah hilang kalau tidak dijaga , sukar dicari apatah lagi didalam telaga yang gelap gelita. 

KAWAN masih lagi mencari dan terus menunggu ,
KENAPA?
Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal abadi sebagai KAWAN yang setia :)

P/S: Kepada orang yang membaca blog ini , pabila kau hendak berteman , janganlah mengikut paras rupa kerana pabila dia tercacat sedikit , kau pasti menjauhinya. Bila berkawan , kenalah ikhlas. Jangan berkawan kerana hendak mendapatkan ganjaran. Ingat! Selain ibu bapa , kawan adalah tempat kita berteduh. Kalau tiada siapa yang hendak mendengar rintihan kita , kawanlah yang menjadi peneman setia di samping Tuhan bersama :) Bila hendak menegur kesilapan kawan , janganlah di khalayak ramai kerana sesungguhnya ia adalah satu perkara yang hina bagi mereka. Tegurlah pabila anda bersendirian dengan dia. Amalkan sikap merendah diri dan kurangkan ego. Jaga hati kawan kita. Kita tiada pertalian darah dengan mereka selain pertalian saudara seumat Islam. Kalau kita berkawan dengan orang yang bukan Islam macam mana pulak? Haaa , Jika mereka terasa , kecewa , sedih dengan sikap kita , adakah mereka hendak memberitahu kita? Mestilah tak. Hmmm , kat situ MAYBE....kita dah kurangkan pahala kita. Nak ke?! Taknak kan? Ingatan ni juga dibuat untuk mengingatkan diri saya juga. Kita selalu menegur kesilapan orang sehingga kita buta menilai kesilapan sendiri. Kenapa? Kerana kita terlalu taksub mencari kesalahan orang. Allah tak suka orang macam ni . *think before you do something* Segala keburukan yang ada itu datangnya dari saya sendiri. Yang baik baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Semoga kita diredhai tuhan :') Assalamualaikum *lambai tangan*








No comments:

Post a Comment